MUTIARA KATA


  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya akan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup